Selamat datang Ke Blog Kami

Wednesday 21 March 2012

Antara Masjid Terbesar di Dunia

Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,”masjid” bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.








Masjidil Haram


Masjid Al-Nabawi ,Madinah Arab Saudi


Masjid Imam Reza Shrine, Masyhad Iran




Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia


Masjid Hassan II Maghribi

Masjid Faisal Islamabab pakistan








Masjid Badhshahi Lahore, Pakistan
Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UAE


Masjid Jamek Delhi India


Masjid Baitul Mukarram Dhaka Bangladesh.




Sunday 18 March 2012

Isu semasa : skim sara 1Malaysia

Sara 1Malaysia Sara 1Malaysia. Berapa Ramai Yang Memohon? Kenapa Wajib Buat Pinjaman Bank?
Sara 1Malaysia. Masih ingat lagi skim ini yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia awal tahun 2012? Dan dalam situasi sekarang, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM500 juta daripada pihak bank dengan melancarkan satu skim yang bernama Sara 1Malaysia. Apa yang boleh kami katakan, skim Sara 1 Malaysia ini lebih kepada pelaburan jangka masa pendek iaitu untuk tempoh 5 tahun.
Setiap peserta skim Sara 1Malaysia yang berjumlah 100,000 orang, telah dijanjikan sebelum terlancarnya skim ini lagi, di mana mereka bakal memperolehi RM13,000 setiap seorang selepas 5 tahun tempoh pelaburan. Ini bermaknanya, kerajaan perlu mendapatkan RM13 bilion bersamaan 260% dalam tempoh 5 tahun?
 Secara ringkas kami simpulkan semula apa sebenarnya konsep “perniagaan” dalam skim Sara 1 Malaysia ini :


  1. Sekiranya anda tidak mengeluarkan sebarang insentif dalam tempuh 60 bulan (5 tahun), bermakna jumlah simpanan anda akan menjadi RM13,000
  1. Anda perlu mendepositkan bayaran bulanan sebanyak RM84 perlu ke dalam akaun yang ditetapkan bank pada atau sebelum 20 hb setiap bulan. Selepas deposit dibuat bulan berikutnya, barulah anda akan menerima insentif sebanyak RM134 dan akan dimasukkan kedalam akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)
  1. Sekiranya anda sebagai peminjam gagal mendepositkan bulanan sebanyak RM84 maka bulan berikutnya, anda tidak akan menerima insentif RM134. Begitulah seterusnya.
  1. Jika peminjam gagal mendepositkan RM84 selama 3 bulan. Pinjaman anda akan dijual balik dan anda yang merupakan peminjam cuma menerima simpanan dan insentif yang diterima sebelum ini.
  1. Sekiranya ada tunggakan 1 bulan, bulan berikutnya anda perlu menjelaskan untuk 2 bulan berjumlah RM168 bagi mendapatkan insentif bulan berikutnya berjumlah RM134. Anda tidak akan menerima insentif bulanan sekiranya ada tunggakan bulan sebelumnya.
Begitulah sedikit sebanyak syarta-syarat yang dikenakan kepada peserta skim Sara 1Malaysia iniBank? Semestinya mereka mahu untung lebih. Ini bermaknanya setiap bulan :
  • Anda sebenarnya memperolehi RM50
  • Ini kerana anda perlu membayar RM84 setiap bulan kepada pihak bank daripada jumlah RM134 yang bakal anda terima dalam bentuk unit saham pada akaun AS1M anda
Jadual Insentif Sara 1Malaysia (Disediakan Oleh SPV)
  • Bulan 1 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan 2 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan 3 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan ke 59 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan ke 60 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM44. Anda Dapat RM94 Setiap Bulan
Jawapan Menteri Mengenai Skim Sara 1Malaysia
Bayaran bulanan insentif bulanan (AS1M)
Akhirnya selepas 5 tahun, anda akan memperolehi RM13,000. Walaubagaimanapun selepas ditolak kos bayaran bulanan yang dibayar oleh anda kepada pihak bank sebanyak RM5000 untuk tempoh 5 tahun lamanya, anda sebenarnya memperolehi RM8,000.
Bersama-sama ini kami sertakan sekali persoalan membabitkan skim Sara 1Malaysia ini yang dibangkitkan di Dewan Rakyat & jawapan yang diberikan oleh Timbalan menteri II (Dato’ Donald Lim Siang Chai)
Borang Sara 1Malaysia Sara 1Malaysia. Berapa Ramai Yang Memohon? Kenapa Wajib Buat Pinjaman Bank?
Lagi sambungan kepada jawapan mengenai persoalan membabitkan Skim Sara 1Malaysia ini…
Sara 1 Malaysia Sara 1Malaysia. Berapa Ramai Yang Memohon? Kenapa Wajib Buat Pinjaman Bank?

Thursday 15 March 2012

7 benda ajaib di dunia.

Peta kedudukan tujuh keajaiban dunia.




Piramid Gaza


Taman Tergantung Babylon


Taj Mahal


Tembok Besar China


Candi Borobodur


Menara Pisa


Kuil Artemis Turki


Penciptaan 7 benda ajaib di dunia. Ia dikenang sebagai hadiah istimewa yang ditinggalkan oleh orang terdahulu untuk generasi pada masa kini. 


Wednesday 14 March 2012

Kedatangan Islam ke Nusantara




Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:


Islam Datang Dari Tanah Arab

Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).
Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165).
Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.


Islam Datang Dari India

Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).
Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.


Islam Datang Dari China

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). '
Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).
Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65).

Tuesday 13 March 2012

TAMADUN DUNIA




Pengertian.
  1. Istilah tamadun 
  2. – digunakan secara meluas dan pelbagai oleh ahli sejarah, antropologi dan arkelogi.
  1. Perkataan tamadun sebenarnya berasal daripada perkataan ARAB iaitu MADUN, MADAIN dan MADANA yang kesemuanya membawa maksud “tinggi budi bahasa” dan “ pembukaan bandar”. Ia juga membawa maksud “Peradaban”
  • Prof M.A.J Beg menjelaskan tamadun sebagai “pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip (tulisan), kesenian, seni bina, agama, undang2 dan politik

  • Beatty & Johnson pula menerangkan tamadun itu ada kaitan dengan kebudayaan kota dan tulisan

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN.
Kepentingan Sumber Sungai.
  • Mencorak kegiatan ekonomi – sumber makanan.
  • Mendorong manusia untuk hidup menetap/ membuka petempatan kekal.
  • Pengangkutan.
  • Bahan pembinaan (lumpur + pasir)

Faktor Geografi.
  • Kawasan yang subur – sesuai utk kegiatan pertanian & penternakan.
  • Bentuk muka bumi.
  • Perubahan cuaca.
Intelektual (pengetahuan)
  • Berkembang dari kesan tinggal menetap.
  • Wujud sistem komunikasi – Bahasa & Tulisan
  • Sistem tulisan – asas kepada perkembangan politik, ekon, kesenian dsb
CIRI-CIRI TAMADUN.
  1. Apakah ciri2 penting yang harus ada pada sesebuah masyarakat yang bertamadun? Persoalan ini menjadi perbincangan hebat ahli pengkaji sejarah, antropologi dan arkelogi.
  • Namun para serajarawan berpendapat; 
  • mengikut Edward L. Farmer - menjelaskan bahawa ciri-ciri tamadun itu meliputi Petempatan kekal, Organisasi sosial,  Sistem pentadbiran, Kepercayaan dan agama, Perbandaran/ sistem perbandaran, Sistem tulisan,  Kemajuan teknologi dan Revolusi pertanian.
  • Petempatan.
  • Perbandaran.
  • Organisasi sosial
  • Kepercayaan dan agama.
  1. Tamadun2 yang penting di dunia untuk dikaji ialah;
Peta Tamadun Mesopotamia
Peta Tamadun Mesir
Peta Harappa & Mohenjo Daro (India)
Peta TamadunCina (Hwang Ho)

* Tamadun sering kali dikaitkan dengan “bandar” kerana orang bandar / orang yang tinggal dibandar :

i.    mempunyai pengetahuan atau ilmu yang tinggi.
ii.    Membina petempatan kekal
iii.    Mempunyai tulisan dsb.


Pelbagai pendapat telah diberikan.
Namun begitu ramai yang berpendapat faktor2 kemunculan tamadun ialah;


*Kemunculan dan perkembangan tamadun itu secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat.



3.Namun apa yang jelas ciri-ciri penting yang mesti ada (asas) dalam sesuatu masyarakat yang bertamadun ialah:
Tamadun Mesopotamia.

Tamadun Mesir.

Tamadun Harappa & Mohenjo Daro (India).

Tamadun China (Hwang Ho)