Selamat datang Ke Blog Kami

Monday, 30 April 2012

Kejatuhan Tamadun Islam : Murtad


MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut dalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.” Allah berfirman dalam surah al-Baqarah: 217: (maksudnya) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Murtad jika menjadi satu fenomena ia akan mengancam masyarakat muslim. Jika masyarakat itu telah membentuk negara muslim, ia akan mengancam identiti negara tersebut. Maka fenomena murtad sangat berbahaya serta boleh mencetuskan perubahan identiti atau maruah sesebuah negara muslim. Dalam masyarakat hari ini, kita menangkap dan mengambil tindakan kepada penyalahgunaan dadah. Walaupun mudarat langsung itu kelihatan berlaku kepada diri individu, namun jika ia menjadi arus, ia akan mengancam identiti dan keseimbangan sesebuah masyarakat.Maka tidak hairan apabila murtad menjadi gelombang yang mengancam kestabilan maka Abu Bakar mengambil tindakan memerangi mereka. Hakikat ini tidak wajar dipertikaikan oleh seorang muslim.Hingga ke hari ini belum ada suatu usaha yang serius dijalankan bagi mengkaji dan mengenal pasti kaedah yang sesuai digunakan dalam menangani masalah pertukaran agama di kalangan masyarakat Melayu-Islam. Jika dahulu masalah pertukaran agama lebih tertumpu di kalangan masyarakat beragama Buddha dan Hindu, namun kini ia semakin menular malah mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu-Islam.

Kes-kes pertukaran agama sebelum ini dianggap sebagai isu yang sensitif oleh banyak pihak dan ianya tidak dibincangkan secara terbuka bahkan statistiknya juga semakin membimbangkan. Kes Lina Joy, Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin misalnya, telah membuka mata masyarakat Islam bahkan menimbulkan satu polemik hingga ia dibahaskan serta mendapat reaksi spontan bukan sahaja oleh golongan masyarakat Islam bahkan para ulama dan kerajaan Malaysia. Dari tahun 1999-2003 terdapat 750 permohonan pertukaran nama bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara. Hanya 220 permohonan diluluskan setelah permohonan mengemukakan dokumen rasmi sama ada dari Jabatan Agama Islam Negeri atau mahkamah Syariah negeri bahawa mereka bukan lagi beragama Islam. Dari jumlah tersebut, majoriti mereka yang terlibat ialah golongan mualaf.

Amatlah pelik, bagi agama yang indah, harmoni dan dipenuhi pula dengan hujah dan alasan, tiba-tiba ada pula yang tidak puas hati dengannya dan ingin meninggalkannya. Padahal saluran penerangan Islam begitu luas dalam negara ini. Sedangkan Islam sudah sempurna. Tidak ada masalah dengan inti kandungannya. Ia agama yang mampu dicabar. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 111: (maksudnya): Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Bawalah bukti-bukti kamu itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”Apa yang penting, kita mesti bina ketahanan diri dalam kefahaman umat Islam di Malaysia ini. Sejauh manakah kita hendak bertahan dengan jeritan dan bantahan terhadap orang lain, jika kita sendiri lemah. Umat Islam di negara Barat tanpa pelbagai keistimewaan seperti kita tetapi mampu menyebarkan Islam. Bahkan selepas 11 September al-Quran dilaporkan begitu laris di pasaran mereka. Mengapa kita sebaliknya?Hari ini tidak ada Abu Bakar yang mampu menolong kita. Apa yang patut kita fikirkan adalah membina ketahanan umat agar kukuh kefahamannya terhadap Islam. Pengukuhan itu tidak akan berlaku jika pihak yang menerangkan Islam itu sendiri rapuh kefahamannya dan menakutkan pula wataknya. Lebih penting isu murtad jangan dijadikan sebagai peluang untuk mempromosi diri, persatuan atau modal politik. Sebaliknya lihat ia sebagai tanggungjawab bersama yang mesti ditangani secara ilmiah, bukan sentimen.

Tuesday, 17 April 2012

Ibu Bapa Perlu sentiasa berhati hati

Semua ibu bapa PERLU mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka
Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit.
Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
Kunci utama untuk memastikan keselamatan anak-anak kita adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.
Keselamatan anak-anak anda boleh diberi perhatian dari beberapa aspek. Pertama, pada aspek kanak-kanak itu sendiri, dari segi bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini.
Pada ruangan kali ini kita akan menyentuh tips-tips panduan keselamatan pada kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang harus ada di setiap rumah.
Aspek Kanak-Kanak
Untuk aspek kanak-kanak, perkara yang harus kita awasi adalah dari segi pemakanan, alat permainan dan juga pergerakan mereka.
Pemakanan
Susu ibu boleh mengelakkan jangkitan penyakit. Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang harus anda ketahui. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan arak dan dadah jika tidak diarahkan oleh doktor. Bagi ibu yang menyusu anak dengan susu botol, pastikan anak tidak ditinggalkan bersendirian atau tidur dengan botol susu di dalam mulut untuk mengelakkan kejadian tercekik. Bancuhkan susu baru setiap kali anak ingin menyusu. Panaskan susu di dalam bekas berisi air panas dan uji suhu susu dengan titiskan susu di pergelangan tangan (untuk memastikan susu tidak terlalu panas untuk diminum).
Puting/ pacifier adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan barisan gigi. Bagi kanak-kanak yang menggunakan puting (pacifier), pastikan pelindung puting mesti cukup besar supaya tidak tertelan oleh anak. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.
Alat Permainan
Elakkan alat-alat mainan yang berikutnya:
Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.
Bertali melebihi 30 sentimeter.
Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya anak-anak tidak masukkannya dalam mulut.
Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.
Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.
Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.
Pergerakan Kanak-kanak
Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula berdiri. Ubahsuai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar.
Alat bantuan berjalan kanak-kanakadalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas
Apabila anak-anak sudah mula memahami, terdapat 15 peraturan keselamatan utama yang boleh anda ajar kepada anak-anak:
Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.
Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.
Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.
Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.
Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.
Pengang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.
Jangan bermain atau meletakkan beg plastic ke kepala.
Jangan masuk ke dapur jikat tidak ada orang dewasa bersama.
Jangan bermain dengan wayar langsir ayaty bidai. Ia boleh menjerut leher dah menyebabkan kamu tercekik.
Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.
Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.
Kemudian jangan lupa juga untuk mengajar anak anda menggunakan telefon. Supaya sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ajar anak-anak anda bahawa nombor kecemasan hanya didail apabila berlaku kecemasan SAHAJA. Sekira boleh, terapkan kepada anak-anak anda menghafal nama penuh mereka, alamat rumah dan juga nombor telefon. Sekiranya mereka sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Makanya sekiranya berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memberikan maklumat tersebut.
Aspek Ruang Rumah
Untuk aspek ruang rumah, kita harus memastikan bahagian-bahagian utama rumah berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan kanak-kanak. Beberapa tips untuk anda memastikan keadaan setiap ruang rumah anda sentiasa selamat.
Bahagian Ruang Tamu
Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar.
Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.
Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.
Bahagian Dapur
Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak.
Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita
pelekat.
Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum,
bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.
Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.
Bahagian Ruang Bilik Tidur
Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.
Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.
Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.
Bilik Air
Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas walaupun untuk seketika. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran
kurang daripada 2.5 cm.
Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.
Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.
Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.
Malang tidak berbau. Anda sebagai ibu bapa kenalah sentiasa berjaga-jaga dan mengambil prihatin terhadap hal-hal sebegini walaupun pada mata kita, ia nampak remeh tetapi sekali ia terjadi kepada anak kita barulah kita sedar langit ini tinggi atau rendah.


Monday, 16 April 2012

Mengharumkan Islam Bila Bertudung Dalam Pertandingan Luncur Ais




DARI padang pasir Rub al Khali ke puncak yang diselubungi salji di Dolomites di Utara Itali, gadis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) Zahra Lari telah mencipta sejarah dalam sukan luncur ais berbunga pada minggu ini.
Gadis berusia 17 tahun itu bukan sahaja menjadi peluncur ais berbunga (figure skating) pertama dari rantau teluk itu yang bertanding dalam pertandingan antarabangsa tetapi juga yang pertama melakukannya dengan memakai tudung.
“Di negara saya wanita tidak menyertai sukan lagi-lagi luncur ais berbunga,” kata gadis itu memberitahu AFP selepas bersaing bersama dengan peluncur-peluncur dari 50 negara dalam Piala Eropah.
Sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Islam, tudung hitam dan pakaiannya yang tidak keterlaluan itu, menonjol di kalangan peserta lain yang memakai pakaian menjolok mata.
“Saya meluncur dengan memakai tudung, kostum saya sejajar dengan tradisi Islam.
“Gadis-gadis lain sangat baik terhadap saya. Saya rasa mereka menerima saya dengan baik. Saya tidak pernah mengalami apa-apa masalah, orang berfikiran terbuka. Ia bukan persoalan mengenai pameran, tetapi mengenai sukan dan bapa saya telah bersetuju,” jelasnya.
Zahra - Mengharumkan Islam Bila Bertudung Dalam Pertandingan Luncur Ais
Ibu Lari, Roquiya Cochran yang dilahirkan di Amerika, mengaku bahawa ia mengambil masa yang agak lama untuk memujuk suaminya supaya membenarkan anak gadis mereka bertanding.
“Saya terpaksa menyakinkannya. Pada mulanya dia melihat sukan itu seperti anak perempuannya menari di hadapan penonton lelaki.
“Tetapi dia datang bersama untuk melihat Zahra beraksi, dia nampak betapa cantiknya Zahra di atas ais, dan dia sayang Zahra, dia mahu Zahra gembira. Zahra menutup aurat, dia tidak melakukan apa-apa yang anti-Islam,” katanya.
Lari menjelaskan bahawa minatnya terhadap sukan luncur ais berputik ketika dia menonton sebuah filem Disney pada umur 11 tahun.
“Saya telah menonton The Ice Princess lebih dari 100 kali, saya sukakannya! Saya berkata kepada diri sendiri ‘Itu yang saya mahu lakukan’,” katanya.
Tiga tahun kemudian Zahra memulakan impiannya ketika dia memakai kasut luncur pertamanya di Zayed Sports City di Abu Dhabi di mana dia menemui pelatihnya, Noemi Bedo.
“Peluncur harapan selalunya bermula pada usia 3 atau 4 tahun,” jelas Bedo, seorang warga Romania.
Piala Eropah di Canazei tidak mempunyai taraf seperti acara ISU Grand Prix dan Zahra tidak bertanding pada kejohanan remaja dunia pada bulan Februari lepas, walaubagaimanapun Zahra berjaya menduduki tempat dalam 15 teratas

Sunday, 15 April 2012

Titik Tengah Semenanjung Malaysia


Tahukah anda di mana kedudukan titik tengah di Semenanjung Malaysia dan apakah kegunaan dan kepentingan titik tengah ini kepada negara dan penduduk setempat?
Titik tengah semenanjung Malaysia
Sebelum ini terdapat dua pendapat popular mengenai titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu satu di Lipis dan satu lagi di Kampung Kertau, Maran Pahang. Walaubagaimanapun, lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia sebenarnya telah ditetapkan sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi dan lokasi sebenarnya adalah di Kampung Belimbing yang terletak di Lipis.
Kepentingan Kampung Belimbing ini adalah terletaknya batu penanda 0km (kosong kilometer) yang menjadikan tempat ini sebagai rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung

Thursday, 12 April 2012

Senarai Yang Di-Pertuan Agong




1. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 – 1 April, 1960
2. SULTAN SELANGOR
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)
3. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 – 20 Sept 1965 (Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)
4. SULTAN TERENGGANU
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 – 20 Sept 1970
5. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 – 20 Sept 1975
6. SULTAN KELANTAN
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 – 29 Mac, 1979
7. SULTAN PAHANG
Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 – 25 April 1984
8. SULTAN JOHOR
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 – 25 April 1989
9. SULTAN PERAK
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 – 25 April 1994
10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 – 25 April, 1999
11. SULTAN SELANGOR
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 – 21 Nov 2001
12. RAJA PERLIS
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 – 13 Dis 2006
13. SULTAN TERENGGANU
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 – 12 Dis 2011
14. SULTAN KEDAH
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali

Friday, 6 April 2012

Agama Hindu






Asal perkataan "Hindu"

Perkataan Hindu berasal daripada bahasa Sanskrit, merujuk kepada nama sungai yang mengalir di sempadan sebelah India, dikenali sebagai "Sindhu". Kemudiannya berubah menjadi "Indus" dalam bahasa Greek, sementara orang Parsi menyebut huruf "S" sebagai "H", jadilah sebutannya sebagai "Hindus".

Asal Usul Bangsa Hindu
Sekitar 4000 hingga 2000 tahun sebelum masihi bangsa Arya telah datang ke India yang kemudiannya bercampur dengan bangsa asal yakni bangsa Drawida maka dengan percampuran ini lahirlah bangsa Hindu. Bangsa Arya yang menganut agama Veda kemudian pendeta-pendata nya mengubah suai ajaran-ajaran Veda lalu timbullah agama Brahma. Perkataan "Brahma" bermaksud Tuhan yang Maha Esa, yang mencipta alam ini.

Ajaran-ajaran Hindu dan Pandangan Islam

Diantara perkara yang terkandung dalam agama Hindu yang perlu kita tahu adalah mengenai:
Kasta
Kitab Suci
Trimurti
Reincarnasi
Hukum Karma
Kasta

Dalam Islam tidak ada Kasta, malah semua manusia sama sahaja disisi Allah. Manusia tidak ada beza antara satu sama lain disisi Allah tidak kira kaya atau miskin, hitam atau putih, pangkat atau darjat dan sebagainya. Kerana yang memuliakan seseorang itu adalah sifat Taqwa yang ada dalam diri seseorang.
Firman Allah s.w.t: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling berTaqwa diantara kamu."(Al-Hujurat:13)

Kitab Suci

Penganut agama Hindu mempercayai kitab mereka adalah wahyu yang diterima para Resi. Bagi Islam, kitab-kitab samawi diturunkan kepada Rasul dan kandungan utamanya menjelaskan tentang aqidah tauhid, tentang keesaan Allah, tentang alam akhirat, kiamat, dosa pahala dan sebagainya yang merupakan ajaran pokok dalam agama Ilahi. Sedangkan kitab suci agama Hindu tidak mempunyai ciri-ciri tersebut dan tidak pula mempunyai bukti yang jelas. Justeru, Islam tidak mengkategorikan kitab-kitab tersebut sebagai wahyu Tuhan.

Trimurti

Antara dewa-dewa yang banyak yang menjadi kepercayaan penganut Hindu, Dewa Iswara (Maha Dewa) adalah dewa yang dianggap tertinggi, dialah yang menciptakan alam ini. Penganut Hindu mengakui adanya Tuhan yang satu yang tidak boleh disifatkan dengan sesuatu sifat. Mengikut kepercayaan orang-orang Hindu, Tuhan yang satu menjelma dalam tiga nama yang merupakan satu kesatuan yang dipanggil "Trimurti" terdiri daripada:
Berahma : Dewa atau Tuhan Pencipta
Wisynu : Dewa atau Tuhan yang menyeleggara dan menjaga alam ini
Syiwa : Tuhan yang menghancurkan alam ini
Dikatakan pada asalnya konsep ketuhanan di kalangan penganut Hindu adalah betul di mana mereka mempercayai keesaan Tuhan, tetapi apabila mereka membahagikanNya kepada tiga bentuk menurut tugas-tugasNya yang berlainan, mereka telah menyeleweng daripada konsep kepercayaan yang asal.

Bagi Islam kepercayaan dan pemujaan terhadap dewa-dewa serta kepercayaan terhadap Trimurti adalah bertentangan dengan aqidah tauhid Islam yang mutlak. Bagi Islam, Allah Maha Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, tidak ada tuhan yang disembah selain Allah.
Firman Allah: "Katakanlah: Dialah Allah, YAng Maha Esa. Allah adalah Tuhan tempat tumpuan segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Nya." (al-Ikhlas:1-4)
Firman Allah lagi: " Dan hendaklah kamu menyembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun." (an-Nisaa':36)

Reincarnasi

Reincarnasi atau Tanasukh al-Arwah tidak mungkin terjadi. Menurut Islam seseorang manusia apabila mati, rohnya tidak lagi menjelma ke alam ini. Ia berada di alam Barzakh.
Firman Allah: "(Keadaan orang-orang kafir) hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata:'Wahai Tuhanku! Kembalikanlah aku (ke dunia) agar dapat aku berbuat amal soleh yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu hanyalah kata-kata yang diucapkan sahaja. Dan di belakang mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (al-Mukminun:99-100)

Hukum Karma

Agama Hindu dan Buddha mempercayai hukum karma iaitu kesengsaraan yang dialami oleh seseorang semasa hidup di dunia adalah akibat perbuatan jahat masa lalu. Dalam Islam, setiap manusia akan menerima balasan pahala atau dosa di akhirat.
Firman Allah: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, dia akan melihatnya." (az-Zalzalah:7-8)


Buka hati dan minda serta tenangkan fikiran anda dan sama-sama kita fikirkan dan kaji lebih mendalam lagi mengenai agama manakah yang lebih sempurna dan tulen dari Tuhan Sekalian Alam untuk dijadikan panduan hidup untuk kita selamat di dunia dan di akhirat... Kita sebagai hambaNya wajib mencari perintah dan laranganNya untuk menjadi seorang Hamba yang patuh terhadap pencipta dan pemilik diri kita ini....



Tuesday, 3 April 2012

Islam zaman Sekarang



Islam di mata remaja sekarang mungkin hanya sebuah agama yang mewajibkan mereka untuk sholat, puasa, zakat, dan naik haji. Namun ternyata, Islam tidak hanya sebatas hal itu. Islam juga mengajarkan tata cara kehipuan bergaul dengan laki-laki, mengatur bagaimana cara muslimah dalam berpakaian, mengatur tentang perilaku kita terhadap orang tua dan sebagainya. Tapi, pada kenyataanya hal itu jauh dari realisasi. Kalangan remaja masa sekarang bukan menganggap islam sebagai jiwanya, batinnya atau qalbunya sendiri secara sadar atas apa yang akan dipertanggung-jawabkan di akhirat nanti.



Dalam hal ini aqidah menjadi peran penting dalam pembentukan suatu remaja islam. Aqidah sendiri terdiri dari 3 unsur yaitu Iman, Islam, dan Ihsan. Lalu kaitannya dalam permasalahan yang sedang kita hadapi ini adalah bahwasnya apabila remaja-remaja Islam yang akan meregenerasi kaum sebelumnya dibekali, ditanamkan, dan diajarkan sedari kecil tentang apa itu makna Iman, Islam, dan Ihsan dengan lingkungan yang mendukung dan kondusif untuk melahirkan generasi-generasi tersebut, maka Insya Allah para remaja Islam masa sekarang tidak hanya menganggap Islam sebagi agama yang “mengekang” mereka melainkan pedoman hidup dan mati mereka yang akan dipertanggung-jawabkan kelak.



Seperti dalam hadist Rasulullah SAW bersabda “Orang Mu’min yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya” (HR. Ahmad). Dalam hal ini menunjukkan bahwa akhlak adalah tolok-ukur dari iman seseorang. Remaja yang beriman adalah yang berakhlak baik. Nah, masa sekarang adalah masa yang krisis akhlak. Dalam artian sulit sekali mencari remaja-remaja yang berakhlak baik. Kebanyakan remaja sekarang tidak mau berkiblat pada Rasulullah SAW, melainkan kepada idola-idola mereka seperti band-band terkenal, artis sinetron, dan lain sebagainya. Itu menunjukkan bahwa iman mereka kepada Nabi Besar Muhammad SAW mulai memudar. Padahal Rasulullah lebih memiliki andil yang lebih besar dalam kehidupan Islam dibandingkan idola mereka tersebut.



Inilah permasalahan yang sekarang dihadapi oleh para remaja Islam saat ini . Mereka menganggap Islam sepele, sebatas agama. Solusinya adalah bagaimana kita sebagai umat Islam yang sama-sama belajar untuk menuju ridho Allah, mengajak mereka untuk selalu ingat pada Yang Maha Menciptakan mereka, mengingatkan mereka untuk bagaimana adab kepada lawan jenis, orang tua maupun yang lainnya. Insya Allah dalam keikhlasan untuk senantiasa dakwah dan Jihad Fi Sabilillah, kita dapat bersama-sama menuju ridhoNya. Seperti dalam hadist yang diriwayatkan oleh Muslim “Barang siapa diantaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mngingkari dengan hatinya ( tinggalkan). Itulah selemah-lemahnya Iman.”. Akhir kata, manusia hanya bisa berusaha dan bertawakal, semua kembali pada taufik dan hidahNya pada diri setiap mu’min.



Wallahu ‘Alam bi Shawab ..
Tag: islamic knowledge
..