Persamaan
Dari
aspek sosial
Pada zaman Pra-Islam dulu,
amalan berjudi, berzina, membunuh
dan bermacam jenis pernikahan adalah normal.
Zaman sekarang pun begitu juga.
Amalan berjudi, berzina , membunuh adalah menjadi perkara yang tidak asing lagi
di kalangan kita. Penduduk zaman jahiliyah dulu sering dikata kejam kerana
tegar menanam anak perempuan mereka hidup-hidup.
Apa bezanya dengan sekarang??
Bahkan ada lagi yang lebih teruk. tidak memilih jantina anak lelaki mahupun
perempuan. Apabila ibu bapa tidak mahu anak mereka, bukan hanya menanam malah
sanggup meninggalkan bayi yang tidak berdosa itu di tepi jalan , lorong-lorong
gelap, tong sampah supaya menjadi santapan anjing-anjing liar , semut-semut
merah dan sebagainya. Memang lebih sakit dan terseksa.
Pada zaman jahiliyah dahulu.
Terdapat bermacam jenis pernikahan. Antaranya ialah mut’ah yakni kahwin
kontrak. Apabila disebut mengenai kahwin kontrak, ceritanya terlalu banyak dan
boleh didapati di pasaran. Seperti novel cinta sekarang, terlalu banyak menceritakan
mengenai kahwin kontrak. Seakan-akan kahwin kontrak itu halal. Tahukah anda
bahawa Kahwin kontrak adalah haram di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Hanya puak
syiah sahaja yang membenarkan kahwin kontrak. Maksud syiah : Tidak
berpegang melainkan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kaum keluarga
Rasulullah saw dan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh
penyokong-penyokong Ali dalam medan politik dan mereka menolak
hadith-hadith selain daripada ini terutama sekali kebanyakan hadith-hadith
riwayat ahli sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih –
iaitu tanpa ilmu hadith yang kukuh.
Perbezaan
Terdapat juga perbezaan zaman
dahulu dengan zaman sekarang. Contohnya ketika zaman islam, sesudah kewafatan
Rasulullah SAW, timbul kontroversi tentang siapa yang akan menggantikan baginda
kerana baginda tidak meninggalkan wasiat tentang siapa yang akan menjadi
pengganti baginda. Selepas berbagai proses dibuat dan majlis syura (iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah) sebelum diadakan, akhirnya barulah Saidina Abu
Bakar dilantik menjadi Kahlifah islam yang pertama. Tapi sebelum itu Saidina
Abu Bakar sendiri mencalonkan nama sahabat lain yang dirasakan layak untuk
menggantikan tempat Rasulullah SAW. Namun majlis Syura akhirnya memutuskan
Saidina Abu Bakar sebagai khulafak’ rasyiddin ataupun wakil-wakil atau khalifah yang benar atau lurus . Mereka waris kepimpinan rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW yang
pertama.
Perbezaannya di sini ialah, cuba
bandingkan zaman dulu dan zaman sekarang. Zaman dahulu sahabat menolak untuk
ditabalkan menjadi pemimpin pada zaman itu, mereka akan menjadi orang yang
paling berkuasa dan dihormati. Namun itulah yang mereka takuti. Kerana itulah
mereka tidak mahu jawatan yang besar itu melalaikan mereka.
Zaman sekarang.
Manusia berebut-rebut mahu
menjadi ketua. Macam sudah bersedia menanggung dosa semua orang di bawah
tanggungjawab pemimpin. Bahkan ada juga yang mahu memegang tampuk pemerintahan
dalam jangka masa yang panjang. Mahu kekal berkuasa. Mahu kekal disanjungi.
Mahu jalan ke hulu hilir orang membentangkan karpet, tunduk kepala tanda
hormat. Mungkin di dunia boleh dapat segala nya. Tapi di akhirat. Setiap dosa
rakyat di bawah pimpinan seorang pemimpin akan ditanggung oleh pemimpin itu
sendiri. Adakah pemimpin
sekarang sudah bersedia dengan itu semua. Wallahualam..
Artikel ini merujuk kepada dunia
. bukan hanya di Malaysia dan Asia sahaja.
Wallahualam..