Selamat datang Ke Blog Kami

Wednesday 2 May 2012

Dimana Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan kita??


Isu penindasan Umat Islam
Setiap detik masa berlalu, Umat Islam di seluruh dunia ditindas dan dizalimi oleh kaum musyrikin. Penindasan dan kezaliman yang berlaku dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara seperti pembakaran masjid-masjid, pembakaran kitab suci Al-Quran, pembunuhan beramai-ramai, penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan sebagainya. Penindasan ini berlaku di serata muka bumi dan merentas benua yang mempunyai Umat Islam di dalamnya. Paling banyak menerima tempias daripada bahana ini ialah penduduk minoriti Islam seperti di Perancis, United Kingdom, Denmark, Belanda, Amerika Syarikat, dan sebagainya.

Baru-baru ini saudara Islam kita di Afrika, iaitu di Angola telah ditindas dan dizalimi oleh pemerintah negara tersebut. Isu ini jarang berlaku kepada komuniti Islam di Afrika,  pergelokan dan konflik di Afrika berlaku hanya disebabkan oleh dua isu, iaitu perebutan kuasa dan perang saudara. Isu-isu berkaitan dengan penindasan dan kezaliman terhadap komuniti Islam banyak berlaku di negara-negara Eropah. Misalnya, di Denmark, di mana tercetus konflik yang begitu panjang apabila seorang karikatur di negara tersebut telah melukis potret Nabi Muhammad S.A.W. dan menghina pesuruh Allah S.W.T tersebut. Di Perancis, isu hangat yang diperhebohkan ialah berkaitan dengan pemakaian HIJAB oleh kaum wanita Islam. Kerajaan negara tersebut bermati-matian untuk mengharamkan pemakaian wanita Islam tersebut. Dan ini telah melanggar kebebasan agama di negara tersebut.






Apa yang berlaku di Luwanda, Angola?
1. Badan Hak Asasi Manusia PBB di Angola baru-baru ini telah membongkar satu tindakan pihak berkuasa negara itu yang mengamalkan penindasan dan tekanan terutama kepada peduduk yang beragama Islam di negara tersebut. Antara penindasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara tersebut ialah dengan menutup tempat-tempat beribadah umat Islam di sana. Tuduhan berat pihak berkuasa negara itu yang melabelkan jemaah sebagai pengganas dan isu ini diperhebahkan di media-media massa negara itu.

2. Penutupan rumah-rumah ibadat pada tahun 2011 telah menyebabkan Umat Islam Angola tidak dapat melakukan sebarang aktiviti berunsurkan Islam. Menurut sumber, sebanyak empat buah masjid telah ditutup tanpa diberikan sebarang alasan yang munasabah. Bagi Umat Islam Angola, tindakan pihak berkuasa  tersebut telah mengguris hati dan perasaan mereka. Umat Islam Angola ini dianggap sebagai rakyat kelas kedua.

Maklumat Aktivis Hak Asasi PBB di Angola :

1. Menurut aktivis Hak Asasi PBB ke Angola, Asma' Jehangir, pihak berkuasa Angola telah melakukan kesilapam besar kerana telah mengguris sensitiviti umat Islam, iaitu dengan menghalang segala bentuk ibadat yang merupakan salah satu hak kebebasan beragama di negara Afrika tersebut.

2. Tambahan beliau lagi, pihak berkuasa Angola juga telah memungkiri janji yang mereka akan membuka masjid yang telah ditutup itu pada akhir 2010. Penutupan tersebut juga tidak mematuhi undang-undang yang dibenarkan.

3. Bagi Umat Islam yang dipenjara atas tuduhan terlibat dalam keganasan tanpa ada bukti kukuh, mereka tidak dibenarkan dibela, malah lebih teruk mereka dilayan seperti binatang, dan berbagai-bagai lagi tindakan yang begatif. Menurut Asma', sepatutnya mereka ini perlu diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pihak berkuasa negara tersebut.

4. Komuniti Islam di Angola berjumlah 90,000 orang daripada jumlah 12 juta rakyat negara tersebut. Jumlah ini berdasarkan bancian 2011. Namun, agama Islam masih belum diperakui secara sah dalam perlembagaan negara dan penganutnya menghadapi kesukaran dalam banyak hal yang berkaitan dengan aktiviti harian mereka. Katanya (Asma'), umat Islam di Angola diibaratkan sebagai penumpang atau pendatang luar yang tidak berhak tinggal di negara mereka sendiri.

5. Khabar angin mengatakan pihak berkuasa Angola mahu menghantar mereka keluar ke beberapa negara jiran seperti Nigeria, Niger, Senegal, kerana negara-negara tersebut terdiri daripada masyarakat majoriti Umat Islam. Kata mereka lagi, Islam merupakan agama baru di Angola dan masyarakatnya masih belum dapat menerimanya satu pegangan dan amalan hidup.

6. Hal ini demikian kerana, majoriti penduduk Angola beragama Kristian Katolik yang menjadi agama nenek moyang, meskipun berlaku perang saudara dan konflik dengan beberapa negara jiran 30 tahun dahulu.

Satu perarakan Zionis diadakan mendesak disegerakan pembinaan kuil di palestin.

            02/05/2012 - Kumpulan-kumpulan Zionis telah mengadakan satu perarakan yang dinamakan “Perarakan Pintu-pintu” yang merupakan permulaan bulan Hebrew. Perarakan itu melalui lorong-lorong di Kota Lama, Jerusalem sambil melaungkan slogan anti-Arab dan anti-Muslim serta meminta disegerakan pembinaan kuil mereka.
Yayasan Al-Aqsa bagi Dana dan Warisan berkata dalam satu kenyataan media bahawa kerajaan haram Zionis, oraganisasi-organisasi Yahudi dan kumpulan-kumpulan ekstremis berterusan menyediakan ruang untuk berlakunya lebih banyak serangan dan kekejaman ke atas Masjid Al-Aqsa, termasuk perarakan terbabit.
Perarakan terbabit merupakan anjuran organisasi Har Hamor dan bertemakan “kembali kepada Temple Mount untuk membina kuil dan menjalankan korban.” Ia mendapat perlindungan pihak bersenjata rejim Zionis.

 
Bersyukurlah

Kita patut bersyukur hidup dan membesar di negara Malaysia. Oleh itu, kita perlu menjaga dan memelihara keamanan dan kesejahteraan yang dikurniakan oleh Allah S..W.T dan jangan sesekali perkara mungkar berkudis di dalam negara kita. Keamanan dan kesejahteraan yang sedang dinikmati ini, kita perlu mengambil ruang ini untuk mendoakan kesejahteraan saudara se-Islam kita yang sedang ditindas dan dizalimi di seluruh dunia. Berilah bantuan seadanya demi menjaga dan memelihara agama Allah S.W.T. ini.
Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.
Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.
Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.


No comments:

Post a Comment