Selamat datang Ke Blog Kami

Sunday 18 March 2012

Isu semasa : skim sara 1Malaysia

Sara 1Malaysia Sara 1Malaysia. Berapa Ramai Yang Memohon? Kenapa Wajib Buat Pinjaman Bank?
Sara 1Malaysia. Masih ingat lagi skim ini yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia awal tahun 2012? Dan dalam situasi sekarang, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM500 juta daripada pihak bank dengan melancarkan satu skim yang bernama Sara 1Malaysia. Apa yang boleh kami katakan, skim Sara 1 Malaysia ini lebih kepada pelaburan jangka masa pendek iaitu untuk tempoh 5 tahun.
Setiap peserta skim Sara 1Malaysia yang berjumlah 100,000 orang, telah dijanjikan sebelum terlancarnya skim ini lagi, di mana mereka bakal memperolehi RM13,000 setiap seorang selepas 5 tahun tempoh pelaburan. Ini bermaknanya, kerajaan perlu mendapatkan RM13 bilion bersamaan 260% dalam tempoh 5 tahun?
 Secara ringkas kami simpulkan semula apa sebenarnya konsep “perniagaan” dalam skim Sara 1 Malaysia ini :


  1. Sekiranya anda tidak mengeluarkan sebarang insentif dalam tempuh 60 bulan (5 tahun), bermakna jumlah simpanan anda akan menjadi RM13,000
  1. Anda perlu mendepositkan bayaran bulanan sebanyak RM84 perlu ke dalam akaun yang ditetapkan bank pada atau sebelum 20 hb setiap bulan. Selepas deposit dibuat bulan berikutnya, barulah anda akan menerima insentif sebanyak RM134 dan akan dimasukkan kedalam akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)
  1. Sekiranya anda sebagai peminjam gagal mendepositkan bulanan sebanyak RM84 maka bulan berikutnya, anda tidak akan menerima insentif RM134. Begitulah seterusnya.
  1. Jika peminjam gagal mendepositkan RM84 selama 3 bulan. Pinjaman anda akan dijual balik dan anda yang merupakan peminjam cuma menerima simpanan dan insentif yang diterima sebelum ini.
  1. Sekiranya ada tunggakan 1 bulan, bulan berikutnya anda perlu menjelaskan untuk 2 bulan berjumlah RM168 bagi mendapatkan insentif bulan berikutnya berjumlah RM134. Anda tidak akan menerima insentif bulanan sekiranya ada tunggakan bulan sebelumnya.
Begitulah sedikit sebanyak syarta-syarat yang dikenakan kepada peserta skim Sara 1Malaysia iniBank? Semestinya mereka mahu untung lebih. Ini bermaknanya setiap bulan :
  • Anda sebenarnya memperolehi RM50
  • Ini kerana anda perlu membayar RM84 setiap bulan kepada pihak bank daripada jumlah RM134 yang bakal anda terima dalam bentuk unit saham pada akaun AS1M anda
Jadual Insentif Sara 1Malaysia (Disediakan Oleh SPV)
  • Bulan 1 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan 2 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan 3 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan ke 59 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM84. Anda Dapat RM134 Setiap Bulan
  • Bulan ke 60 : Bayaran Kepada Pihak Bank sebanyak RM44. Anda Dapat RM94 Setiap Bulan
Jawapan Menteri Mengenai Skim Sara 1Malaysia
Bayaran bulanan insentif bulanan (AS1M)
Akhirnya selepas 5 tahun, anda akan memperolehi RM13,000. Walaubagaimanapun selepas ditolak kos bayaran bulanan yang dibayar oleh anda kepada pihak bank sebanyak RM5000 untuk tempoh 5 tahun lamanya, anda sebenarnya memperolehi RM8,000.
Bersama-sama ini kami sertakan sekali persoalan membabitkan skim Sara 1Malaysia ini yang dibangkitkan di Dewan Rakyat & jawapan yang diberikan oleh Timbalan menteri II (Dato’ Donald Lim Siang Chai)
Borang Sara 1Malaysia Sara 1Malaysia. Berapa Ramai Yang Memohon? Kenapa Wajib Buat Pinjaman Bank?
Lagi sambungan kepada jawapan mengenai persoalan membabitkan Skim Sara 1Malaysia ini…
Sara 1 Malaysia Sara 1Malaysia. Berapa Ramai Yang Memohon? Kenapa Wajib Buat Pinjaman Bank?

No comments:

Post a Comment