Selamat datang Ke Blog Kami

Friday 4 May 2012

Perbezaan dan persamaan tamadun dahulu sekarang


Persamaan

Dari aspek sosial

Pada zaman Pra-Islam dulu,
amalan berjudi, berzina, membunuh dan bermacam jenis pernikahan adalah normal.
Zaman sekarang pun begitu juga. Amalan berjudi, berzina , membunuh adalah menjadi perkara yang tidak asing lagi di kalangan kita. Penduduk zaman jahiliyah dulu sering dikata kejam kerana tegar menanam anak perempuan mereka hidup-hidup.
Apa bezanya dengan sekarang?? Bahkan ada lagi yang lebih teruk. tidak memilih jantina anak lelaki mahupun perempuan. Apabila ibu bapa tidak mahu anak mereka, bukan hanya menanam malah sanggup meninggalkan bayi yang tidak berdosa itu di tepi jalan , lorong-lorong gelap, tong sampah supaya menjadi santapan anjing-anjing liar , semut-semut merah dan sebagainya. Memang lebih sakit dan terseksa.





Pada zaman jahiliyah dahulu. Terdapat bermacam jenis pernikahan. Antaranya ialah mut’ah yakni kahwin kontrak. Apabila disebut mengenai kahwin kontrak, ceritanya terlalu banyak dan boleh didapati di pasaran. Seperti novel cinta sekarang, terlalu banyak menceritakan mengenai kahwin kontrak. Seakan-akan kahwin kontrak itu halal. Tahukah anda bahawa Kahwin kontrak adalah haram di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Hanya puak syiah sahaja yang membenarkan kahwin kontrak. Maksud syiah : Tidak berpegang melainkan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah saw dan sebahagian hadith-hadith yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik  dan mereka menolak hadith-hadith selain daripada ini terutama sekali kebanyakan hadith-hadith riwayat ahli sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih – iaitu tanpa ilmu hadith yang kukuh.

Perbezaan

Terdapat juga perbezaan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Contohnya ketika zaman islam, sesudah kewafatan Rasulullah SAW, timbul kontroversi tentang siapa yang akan menggantikan baginda kerana baginda tidak meninggalkan wasiat tentang siapa yang akan menjadi pengganti baginda. Selepas berbagai proses dibuat dan majlis syura (iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah) sebelum diadakan, akhirnya barulah Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Kahlifah islam yang pertama. Tapi sebelum itu Saidina Abu Bakar sendiri mencalonkan nama sahabat lain yang dirasakan layak untuk menggantikan tempat Rasulullah SAW. Namun majlis Syura akhirnya memutuskan Saidina Abu Bakar sebagai khulafak’ rasyiddin ataupun  wakil-wakil atau khalifah yang benar atau lurus . Mereka waris kepimpinan rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW yang pertama.


Perbezaannya di sini ialah, cuba bandingkan zaman dulu dan zaman sekarang. Zaman dahulu sahabat menolak untuk ditabalkan menjadi pemimpin pada zaman itu, mereka akan menjadi orang yang paling berkuasa dan dihormati. Namun itulah yang mereka takuti. Kerana itulah mereka tidak mahu jawatan yang besar itu melalaikan mereka.

Zaman sekarang.
Manusia berebut-rebut mahu menjadi ketua. Macam sudah bersedia menanggung dosa semua orang di bawah tanggungjawab pemimpin. Bahkan ada juga yang mahu memegang tampuk pemerintahan dalam jangka masa yang panjang. Mahu kekal berkuasa. Mahu kekal disanjungi. Mahu jalan ke hulu hilir orang membentangkan karpet, tunduk kepala tanda hormat. Mungkin di dunia boleh dapat segala nya. Tapi di akhirat. Setiap dosa rakyat di bawah pimpinan seorang pemimpin akan ditanggung oleh pemimpin itu sendiri.  Adakah pemimpin sekarang sudah bersedia dengan itu semua. Wallahualam..


Artikel ini merujuk kepada dunia . bukan hanya di Malaysia dan Asia sahaja.
Wallahualam..



No comments:

Post a Comment