Selamat datang Ke Blog Kami

Wednesday 14 March 2012

Kedatangan Islam ke Nusantara




Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:


Islam Datang Dari Tanah Arab

Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).
Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165).
Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.


Islam Datang Dari India

Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).
Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.


Islam Datang Dari China

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). '
Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).
Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65).

No comments:

Post a Comment