Selamat datang Ke Blog Kami

Wednesday 21 March 2012

Antara Masjid Terbesar di Dunia

Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,”masjid” bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.








Masjidil Haram


Masjid Al-Nabawi ,Madinah Arab Saudi


Masjid Imam Reza Shrine, Masyhad Iran




Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia


Masjid Hassan II Maghribi

Masjid Faisal Islamabab pakistan








Masjid Badhshahi Lahore, Pakistan
Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UAE


Masjid Jamek Delhi India


Masjid Baitul Mukarram Dhaka Bangladesh.




No comments:

Post a Comment